Search This Blog

Friday, October 13, 2006

Takaful Jerk

This one is in Malay but is a great read to see how close minded some ppl in this country still are. His name is Fauzi Mustaffar and he is the TAKAFUL MALAYSIA Head of Syariah Dept......

Durga Pooja Greetings / Lakshmi Pooja Greetings / Deepavali Greetings



Tuan/puan warga kerja Takaful Malaysia yang dihormati,

Marhaban Ramadhan, semoga kita semua mendapat manfaat dan keberkatan
daripada bulan yang mulia ini.

Sebagaimana yang tuan/puan sedia maklum bahawa selain dari perayaan Aidil
Fitri yang akan disambut oleh umat Islam pada bulan ini, penganut agama
hindu juga merayakan 3 perayaan mereka seperti yang disebut dalam subjek di
atas.

Sukacita saya ingin maklumkan bahawa kakitangan Takaful Malaysia perlu
berhati-hati dengan ungkapan ucap selamat sempena perayaan tertentu yang
selain daripada perayaan yang terdapat dalam Islam. Ucap selamat tersebut
mestilah diteliti impilikasinya terutama yang melibatkan hukum dan akidah.

Antaranya ialah ucap selamat Happy Durga Pooja atau Durga Pooja Greetings.
Ia bermakna selamat menyambut hari kebesaran Dewi Durga. Sambutan ini
adalah festival yang paling penting bagi orang-orang Hindu. Ia menandakan
ketaatan dan kepatuhan kepada Dewi Durga yang dianggap sebagai Mother of
the Universe. Ia disambut oleh oleh penganut agama Hindu pada hari-hari
berikut:

29 Sept 2006 - Durga Pooja - Saptami
30 Sept 2006 - Durga Pooja - Mahastami
01 Okt 2006 - Durga Pooja - Navami
02 Okt 2006 - Dussehra - Vijaya Dasami

Untuk makluman tuan/puan, Durga Pooja mengikut kepercayaan penganut agama
hindu adalah tuhan dewi yang mempunyai tangan yang banyak dan bersilang
yang biasanya kelihatan di kuil-kuil hindu.

Antaranya lagi ialah ucap selamat Happy Deepavali atau lebih dikenali di
Benua Kecil India dengan nama Happy Diwali. Deepavali atau Diwali
menandakan kemenangan kebaikan mengatasi kejahatan. Ia berkaitan dengan
agama hindu juga di mana mitosnya bagi penganut agama hindu di Malaysia
ialah tuhan agama hindu yang bernama Krishna telah membunuh Narakasura.
Lalu penganut agama hindu merayakan kemenangan ini dengan menyalakan lampu
serta berpesta. Manakala mitos di Benua Kecil India pula ialah kemenangan
Ramayana membunuh Ravana.

Mengikut kepercayaan hindu, sempena perayaan deepavali mereka akan
menerangi rumah mereka dengan cahaya kerana dewi Lakshmi iaitu dewi
kekayaan akan berkunjung ke rumah yang diterangi cahaya dan akan memberkati
keluarga terbabit. Oleh itu perayaan Lakshmi Pooja akan diadakan 2 hari
sebelum deepavali untuk mendapatkan rezeki dan berkat yang berganda.

Setelah meneliti ketiga-tiga perayaan tadi maka jelaslah ianya ada kaitan
secara langsung dengan kepercayaan agama hindu. Seluruh kakitangan Malaysia
adalah dilarang untuk mengucapkan ucap selamat kepada ketiga perayaan di
atas dan lain-lain lagi yang sepertinya kerana ianya boleh menyebabkan
berlakunya syirik. Budaya korporat Takaful Malaysia yang bersendikan
Syariat tidak mengizinkan ianya berlaku sekalipun untuk pelanggan yang
beragama hindu atau agama lain yang mana ucap selamat tadi membabitkan
tuhan mereka. Ucapan Happy Durga Pooja, Happy Lakshmi Pooja dan Happy
Deepavali seolah-olah mengucap selamat buat tuhan hindu yang bernama Durga,
Laksmi dan Krishna. Dan ianya jelas bertentangan dengan akidah Islam.

Allah berfirman dalam surah ali-'Imran ayat 18 yang bermaksud: "Allah telah
bersaksi bahawa tiada tuhan selain Dia". Dalam surah Muhammad ayat 1 Allah
berfirman yang bermaksud: "Maka ketahuilah bahawa tiada tuhan selain
Allah".

Bagi mereka yang telah terlanjur mengucap selamat kepada penganut hindu
seperti ketiga-tiga greetings di atas maka hendaklah segera bertaubat dan
tidak mengulanginya lagi pada masa-masa akan datang.

Semoga usaha kita untuk mengamalkan Syariat sebagai budaya korporat Takaful
Malaysia diberkati Allah dan mencapai kejayaan yang kita harapkan.

Sekian untuk makluman. Terima kasih.

مﻼسلاو

No comments: